Sumber |
Merupakan karya tentang 'keperwiraan' orang Melayu. Sejak zaman kana-kanak sehinggalah kematian, Hang Tuah adalah wajah seorang marhaen yang 'dimobilisasikan' demi kepentingan Kesultanan Melaka.
Inilah dia hero Melayu seperti analisis oleh SN Prof Muhammad Haji Salleh:
" Hikayat
Hang Tuah muncul dan imaginasi Melayu di Nusantara dan dewasa in dianggap
sebagai
karya agung Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei, dan manusia
berbahasa Melayu. Dialah wira budaya, tanpa
tandingnya _ sekiranya Kieu
dan Lear serta Hamlet hanya wujud di halaman Imaginasi sastera, Hang Tuah diperakui
wujud oleh Sulalat al~Salatin (Sejarah Melayu), walau dilakar dalam bentuk dan
pencapaian yang lebih sederhana.Kata
beberapa orang sarjana Hikayat Hang Tuah menjadi lebih besar di waktu Melaka
dikalahkan oleh Portugis berterus-terusan di Johor dan Kampar,
dan lukisan gemilang
ini dijadikan sebagai penebus psikologi bangsa yang pernah besar tapi sedang
kalah dewasa itu.
Dalam
Hikayat Hang Tuah wiranya dilukiskan sebagai manusia sempurna (dalam konteks
feudal kurun ke-14 atau 15),
yang setia kepada setiap kata dan prinsip yang tidak bertulis di zaman Itu. Koda begini, sekiranya dilihat dari perspektif bandingan, juga wujud di antara Pahlawan Meja Bulat (Knights of the Round Table) dan juga di antara samurai Jepun di zaman pra-moden, yang dikenali sebagai Bushldo. Namun `Sulalat al-Salatln lebih dekat kepada sejarah daripada Hikayat Hang Tuah dan meluklikan kejayaan dalam ruang yang lebih kecil dan kekuatan dan pencapaian yang lebih dapat dipercayai.

kedua buah karya ini Hang Tuah dilukis sebagai manusia agak kosmopolitan,
malah untuk zamannya, manusia antarabangsa yang mengenal: bahasa dan budaya banyak negara besar, terutama sewaktu dia menjadi rajaduta Melaka. Sewaktu dia membesar, pengarang mempersiapkannya dengan dua belas bahasa semuanya,
Iaitu semua bahasa besar dalam dunia yang dikenali Melaka pada waktu Itu - Jawa, Cina, Keling, Slam, Arab dan lain-lain.
Yang dilukiskan manusia luar biasa-pada kemampuan linguistiknya, bakat diplomatiknya, kekuatan jasmaniahnya, keberaniannya, dan keperwiraannya.

Sumber : USM
RESPON:
ADAKAH CIRI INI PADA MELAYU KINI?
Beberapa kajian tentang Hikayat Hang Tuah:
[Bayangkan Hang Tuah dilantik menyiasat MH Satu Tujuh]
No comments:
Post a Comment