Wednesday, April 24, 2013

IMAN

Maria bangkit dan terus ke bilik air. Wajahnya yang kusut jelas terpampang di cermin. Maria cuba menenangkan dirinya...dipercik air ke wajahnya. Sentuhan air dan kulit wajahnya memberikan satu perasaan yang aneh...hatinya kembali tenang. Dia mencari sesuatu sambil jari jemarinya dibasuh di dalam sinki. Terdetik di hatinya untuk mandi namun ini bukanlah masanya...dia harus kembali tidur.

Sekolah dan PRU

Tak berapa ingat..tapi pernah nampak orang angkat peti undi depan sekolah. selamat memilih!

Monday, April 15, 2013

IMAN

"ucapkan kalimah itu, pasti anda akan berjaya"!. Maria jadi gelisah, dahinya basah, dia terjaga dari tidurnya. Buat kesekian kalinya, mimpi itu mengganggu malamnya. dan setiap kali itu terjadi, matanya bertambah galak menghilangkan rasa ngangtuknya..
bersambung.

Roti Canai

Asalnya ia menu dari Chennai
tapi lah ni
semua orang dah suka
kat sini
ramai yang meniaga
bukan orang dari Chennai
bukan juga dari Shanghai
tapi depa anak cucu
orang dulu
yang taat kepada Sultan.

- sarapan @ pak Ndak Roti Canai : suatu masa dahulu.

Sunday, April 14, 2013

Kumpulan 'ganas'

Pada zaman sekolah juga, telah wujud kumpulan ini. Mau dibilang 'gangster'! rasanya belum mencukupi tetapi aktiviti yang mereka lakukan sedikit sebanyak ke arah keganasan. Paling menonjol adalah pergaduhan secara beramai-ramai dan melibatkan senjata tajam. Antara kumpulan itu,

Thursday, April 11, 2013

Tiga Catatan Perjalanan

Antologi sajak-sajak hasil cipta Sasterawan Negara Baha Zain.

Berkerut dahi dan otak untuk memahami makna tersurat dan tersirat.

mau tak mau...harus kena memahami?

Ulasan dari Pusat Rujukan Persuratan
TIGA CATATAN PERJALANAN, kumpulan puisi karya Baha Zain. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. Tiga Catatan Perjalanan mengandungi 75 buah puisi yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sembilan puisi dalam Catatan I, 51 buah puisi dalam Catatan II dan 15 buah puisi dalam Catatan III. Kumpulan puisi ini diberi kata pengantar oleh Muhammad haji Salleh. Kumpulan puisi ini dijadikan teks Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) antara tahun 1992 hingga tahun 1997.

Monday, April 8, 2013

macam -macam sukan

masa sekolah ni lah boleh belajar macam-macam sukan. hoki, ragbi, kriket dll..

Saturday, April 6, 2013

Apa sudah jadi

Malam ini
adalah malamnya
untuk batin
menjadi kuat
tapi kini
terasa asing
tiada roh?

Cinta

Cintamonyet, pandang sekali hati dah berkenan, kemudian malu-malu, terasa sesuatu.Mulalah terbayang-bayang wajahnya, senyumannya dan bermulalah episod 'surat cinta'. siap dengan bedak untuk menambahkan kejantanan. "kehadapan saudari xxx yang diminati, semoga kehadiran warkah ini tidak menganggu saudari. Sebenarnya, ingin kunyatakan bahawa hati ini telah dicuri, senyuman saudari selalu mengganggu tidurku. Namun kurelakan kerana saudari pun pastinya merasa sesuatu. Pecah kaca pecah gelas, habis baca harap dibalas. sekian. peminatmu: xxx"