Friday, December 11, 2015

Cuti Sekolah

Terlalu pantas masa berlalu, tidak ketahuan sudah sampai ke hujung tahun. Menulis kembali selepas 6 bulan,
bukanlah suatu yang indah. Manakah perginya idea dan ilham? Tenggelam kerana peningkatan kos sara hidup
yang semakin membebankan. Adakah ini tandanya negara telah mencapai kemajuan?
Bagi mengimbangi kenaikan tersebut diadakan pelbagai bentuk 'pemberian'. Aduh!

Apa pun kejadian, inilah hakikatnya, entah di mana silapnya, hingga yang miskin turut dibebankan.

fikir-fikirkan?

Saturday, June 27, 2015

Jangan ASINGKAN?

Hari tu dah ubah sistem lama kepada sistem semester.
Lepas tu ubah imej, boleh berpakaian biasa tetapi kemas.
Ke depan cadangan untuk asingkan tingkatan 6.

Perlukah?

Apa sudah kejadian ini? terdapat banyak 'ciri unik' tingkatan 6 cara lama (klasik), cara yang aku lalui dulu; fizikal dan mentaliti.

Bila berada di tingkatan 6 (USA- upper six art) maknanya dihujung nanti, selepas setahun setengah kau akan diuji dengan STPM. Aku suka perkataan TINGGI sebab memang mencabar; kau kena belajar sukatan yang banyak dengan aras pemikiran yang sedikit berbeza dengan SPM dan SRP/PMR. 6 atau 7 subjek. Susah tu sebab kau kena banyak membaca dan berfikir. Aku rasa inilah asas yang patut untuk masuk aliran sastera/sains sosial/kemanusiaan bila sampai universiti besok. itu pasal kebanyakan pelajar tingkatan 6 ni IQ dia 'boleh tahan' dengan sistem semester bila di 'U' dan kebanyakannya akan lebih enjoy dari belajar sebab senang bah.

Dari segi fizikal pulak, bila di tingkatan 6 engkau akan jadi 'abang senior' dan kau akan ada adik-adik junior tahap SPM dan PMR. Kau akan dilantik itu dan ini. Ndak kau bangga kah. Pemikiran kau diuji untuk tahap tinggi tapi pada masa yang sama kau kena tunduk ke bawah untuk jaga adik-adik kau, dan kadang-kadang jadi 'couple'. oh seronoknya?

TAPI bila kau cuba asingkan dari SMK/SM...aku rasa lah kan semua tu akan hilang. kau akan duduk di kalangan kau jak, mulalah kau akan mencari apa-apa yang patut. Kau tiada lagi jawatan untuk pimpin adik-adik junior. kau dan kawan-kawan kau jak. mulalah kau akan bersaing dengan pusat pra-u lain.

dari segi pemikiran pula, kini kau berada di tahap paling bawah dalam hierarki pengajian tinggi (pusat asasi), kau akan bersenang-lenang sebab sistem semester; yang berlalu tak akan datang lagi, habis sem habis subjek. dan mulalah otak kau yang bertenaga tu akan digunakan untuk benda lain.

sebab tu aku rasa cara dulu lebih baik.

ikuti komen dorang ni
FORUM

Kamu punya pandangan apa?
atau kamu pun ndak pedulik.

Sunday, June 7, 2015

Sukan dan

Badan sihat Otak cerdas.

Oleh itu gunakanlah kecerdasan untuk aktiviti bermunafaat.
Contohnya membaca buku, membasuh kain, mengemas
bilik dan menolong orang tua.

'Budak Semengkey'

Itulah gelaran untuk sekolah menengah.
Pelik.
Cth semengkey Sandakan

Wednesday, June 3, 2015

Berapa lama boleh tahan?

Aktiviti pembelajaran sebaiknya dijalinkan dengan fokus dan tumpuan.
2 jam mungkin boleh tahan atau hanya 1 jam.
Faktor umur dan subjek pembelajaran mungkin mempengaruhi.

Tuesday, June 2, 2015

Be Astonishing!

Apakah ini? Mari baca:

Monday, June 1, 2015

Sarapan@keyEll

Di mana jua_
Dan terus ke destinasi

Sunday, May 31, 2015

Berkelana

Jauh berjalan luas pandangan,
Badan keletihan,
Duit pun berkurangan.
Namun perjalanan diteruskan jua.

Saturday, May 30, 2015

Tugas seorang PELAJAR

Tiada lain untuk belajar kerana ia akan mempengaruhi masa depan,
dan salah satu tujuan belajar adalah untuk MEMAHAMI:

Kefahaman beri kesan pada intepretasi,
     Interpretasi beri kesan pada tindakan,
        Tindakan beri kesan pada Impak,
             Impak beri kesan pada peristiwa,
                Peristiwa beri kesan pada Sejarah.
DAN akhirnya?

Friday, May 29, 2015

Hikayat Hang Tuah

Ini merupakan naskah asal dalam tulisan jawi.

Thursday, May 28, 2015

Andai dapat kuUndur MASA!

Manisnya masa SMKS masih Segar dalam kenangan. Barangkali aku hanya kesepian di kala ramainya Rakan taulan sedang riuh rendah dengan kehidupan masing-masing. Pastinya pelbagai; menjadi pekerja atau menjadi majikan? Atau menjadi 'taukey'?
Semua ini adalah beban yang akan dipersoalkan kelak. Namun semasa smks bebannya hanyalah untuk melepasi halangan exam yang kelaknya atas tanggungan masing-masing.

Wednesday, May 27, 2015

Dari diam dan bisu?

AWAS !!!
Kubuka mata
kulihat kiri dan kanan,
atas dan bawah,
semua serupa,
hanya rasa ini seakan tawar, 
lalu kucari sedikit rasa. 
Manis atau pahit?, 
masam atau masin? 
agar taman ini kembali riang, kembali mewangi 
dengan lingkaran, juga cetusan
ilham yang dahulu 
ilham yang sekarang, 
juga ilham masa depan.
 
JALAN TERUS....