Thursday, November 29, 2012

Terkenang

Suasana dulu jika diingat terasa indah dan membara. apakan tidak..ketika itulah tenaga dan minda sedang memuncak. kita punya kekuatan dan punya keinginan. kawan-kawan hadir bagaikan penyuluh, memberikan keindahan di kala apa pun jua.
 

Saturday, September 29, 2012

Rutin Hidup Seorang Pelajar

Dapatlah dikatakan bahawa kehidupan seorang pelajar adalah berkisar kepada 'pembelajaran'. Jadi, dapatlah dikatakan pekerjaan seorang pelajar adalah untuk belajar.

Kira-kira begini rutinnya:
1. Bangun pagi ( pukul 5.30 pagi)
2. Solat Subuh
3. Persiapan Diri
4. Sarapan Pagi
5. Pergi Sekolah
6. Masa Pembelajaran 1
7. Rehat
8. Masa Pembelajaran 2
9. Tamat Masa Persekolahan
10. Solat Zuhur
11. Makan Tengahari
12. Rehat
13. Solat Asar
14. Riadah
15. Makan Malam
16. Solat Maghrib
17. Ibadah Lain
18. Solat Isyak
19. Siapkan Kerja rumah
20. Ulangkaji
21. Tidur

Begitulah sekira-kiranya secara umum kehidupan seorang pelajar. 
Bagaimana dan apakah yang dipelajari oleh seorang pelajar dalam tempoh: 1 hingga 21 ini. 
Bilakah dan dimanakah agaknya masa paling panjang yang digunakan oleh seorang pelajar?

Thursday, September 20, 2012

Lagi: PELAJAR dan SOLAT

Solat dan apa juga amalan agama merupakan satu kurniaan (hidayah). Oleh itu, belajarlah untuk meminta dari Yang Esa.
Perbuatan meminta (DOA) merupakan satu pernyataan yang menunjukkan KEINGINAN si peminta.

teringat cerita lama:
 kita hanya mampu menarik kuda untuk ke tepi sungai (minum), kalau sang kuda tidak INGIN minum maka dia tidak akan minum, tetapi kalau dia ingin minum; cuba bayangkan apa yang akan dilakukan oleh kuda tersebut.

JADI?
kenapa pelajar tidak ingin solat?

sedikit kajian:
1.Politeknik Kuching Sarawak
2.Kem Bestari Solat

Amin.

Tuesday, September 18, 2012

Pelajar dan Solat Fardhu 5 Waktu

Inilah Hakikatnya, ya benar: hanya 28.7% remaja Islam di Malaysia yang menunaikannya dengan sempurna. Jadi yang selebihnya dalam kategori mana?
i. Solat ikut mood
ii. tidak solat langsung

seingat aku, dahulu biarpun kami pelajar yang nakal tetapi solat tetap dilaksanakan.

apa yang silap ni?
BIngung

laporan lanjut:
1.denai hati
2.Fajridil

Sunday, September 9, 2012

GATENA 2

Pemilihan Kepimpinan.




" Saya mencadangkan diri saya sebagai calon"!




bolehkah?

Baju Seragam

Sebelum itu; Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf zahir dan Batin untuk tahun ini.

 1. Pakaian seragam sekolah adalah satu nikmat, namun adayang rimas dan terseksa.
2. Kenapa perlu pakaia seragam?Adakah untuk mengurangkan semangat dan inspirasi orang muda yang sedang membara atau ada sebab yang lain.
3.Pelbagai jenis pakaian seragam yang terdapat di Malaysia. Umumnya 2 jenis  yang utama: Sekolah aliran biasa dan aliran agama.

Sekolah Biasa




 Sekolah Agama:



5. Jadi, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Tuesday, July 24, 2012

Pelajar dan Agama (II)

Sedutan bahagian 1

Memandangkan pelajar merupakan antara golongan yang penting untuk umat ini, maka usaha perlu dilakukan agar mereka tidak digunakan untuk perkara lain yang boleh merosakkan pemikiran dan tingkahlaku mereka pada masa kini dan tentunya di masa akan datang; di kala mereka menjadi pemimpin dan penggerak masyarakat. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah, melibatkan mereka dengan agama, seperti kata ulamak:
"Ulama bagi tahu kalau ingin melihat kemajuan agama maka kita bisa melihat lebih suka berada dimana para pemuda saat ini di mall atau di masjid, Lantas siapa yang harus bertanggung jawab atas pemuda??? Ya kita semua. Kalau kita tidak memberikan perhatian yang lebih terhadap usaha atas Pemuda, Pelajar dan Santri maka mereka akan digarap “orang lain” yang tidak ingin islam menjadi jaya dan maju".(Sumber di sini)

Oleh itu, pemuda dan pelajar gunakanlah kesempatan yang ada untuk membetulkan diri masing-masing, pada masa yang sama turut menyediakan orang lain untuk perkara dan maksud yang sama.

Monday, July 23, 2012

Penstrukturan Tingkatan 6

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk perkara ini sesuai dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Antara perubahan tersebut ialah: "Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod.  Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada." (KPM)


Moga-moga para pelajar akan berminat untuk mengasah otak mereka dalam keadaan semakin banyak peluang untuk kemahiran teknikal disediakan.  Cuba lihat beberapa pendapat para pelajar berkaitan keanehan tingkatan 6 di sini.

Ramadhan di Sekolah

Kewajipan atas semua orang yang akil baligh, melalui ramadhan para pelajar kelihatan mengantuk dan keletihan namun pastinya tumpuan akan semakin meningkat. Jelas dalam ingatan; masa terindah adalah ketika berbuka puasa. Kenyataan adalah, bila kurang makan, otak akan mudah untuk fokus. Jadi, kepada para pelajar..berpuasalah kalian untuk kecerdasan berpanjangan.

Thursday, June 14, 2012

Pelajar dan Agama

Pelajar juga perlu agama, dalam pelajaran agama harus diamalkan. apa juga bidang kemahiran semuanya hendaklah dikaitkan dengan agama. bila seorang pelajar membawa agama dalam kehidupannya maka dia akan menjadi insan yang lebih baik. kemahiran yang diperolehi hari ini hanyalah untuk mengenali ciptaan-ciptaan Pencipta, sedangkan yang lebih utama adalah untuk mengenali Pencipta kepada mahkluk itu.

Monday, April 9, 2012

Sehari di SMKS

cuba untuk mengingati kehidupan dalam kelas, tapi entah mengapa, kenangan itu bagaikan hilang. entah di mana yang indah dan di mana kebosanan. cuba dan kucuba lagi, namun masih tidak berjaya...oh kejamnya memori ini. ramai setuju yang zaman persekolahan adalah zaman terindah..namun ke manakah kenangan itu.

tiba-tiba, satu kenangan telah muncul...ya kenangan semasa di bilik darjah.. namun apakah kenangan itu? antara di rotan dan yang merotan, siapakah yang paling bahagia? antara tak dapat jawab dengan yang sentiasa menjawab, siapakah yang paling bahagia? antara yang tak siap kerja rumah dengan yang sentiasa siap, siapakah yang rajin? dan banyak lagi...oh kenangan hadirlah dikau dalam ingatan ku.

terkenangkan bangunan
dalam bangunan ada macam-macam
yang bernyawa dan tak bernyawa
yang lembut dan yang keras
yang putih dan hitam
yang nakal dan yang sopan
oh semuanya penting
semuanya indah
dan
kini
dimanakah
semua
itu?

Wednesday, March 7, 2012

kedudukan dalam Bilik Darjah

Kedudukan dalam kelas akan mempengaruhi tahap pemahaman para pelajar. Keadaan ini berasaskan kepada jarak antara pemberi dan penerima maklumat. Semakin jauh penerima dari pemberi maklumat semakin berkurang nilai maklumat itu. Oleh itu akan turut mempengaruhi tahap kefahaman pelajar, dan yang lebih penting lagi ialah tahap tumpuan. Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, terdapat juga para pelajar yang tertidur meskipun duduk di bahagian hadapan. Mengapa?

kesimpulan
amalkan PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK !

Monday, March 5, 2012

Cinta Monyet?

Ini merupakan bahagian terindah dalam kehidupan seorang pelajar, lelaki kah ia atau pun perempuan. Perasaan untuk disayangi dan menyayangi hadir dalam keadaan biasa dan menuntut untuk ditunaikan.
Cuba lihat monyet, apakah kisah percintaan mereka? namun terdapat banyak pendapat berkisar; perlukah atau tidak?

cuba lihat pendapat berikut;
1. dianarashid.com = tak setuju
2.cicinta.com = neutral
3. cikgumariam.com = cinta sebenar
4. Kajian UTM = Kebimbangan masalah Sosial

Kesimpulan.
Kalau anda berupaya mengawal kesan negatif akibat sayang menyayangi ini, anda boleh cuba tapi awas; sebab ramai yang tidak dapat mengawal gelora kesan berlainan jantina ini.

Saturday, March 3, 2012

Majalah Sekolah

laporan bergambar sepanjang tahun.
mengandungi kisah suka dan duka dalam pelbagai aktiviti; akademik dan ko-kurikulum.

suka:
ko ada jawatan ke tak?
ko hadir ke tak masa tangkap gambar?

untuk tingkatan 6, siap ada personel biodata; motto?

Friday, March 2, 2012

Zaman Sekolah

Seronok atau tidak?

seronok:
1. Kawan dan lawan
2. Tenaga tinggi
3. Idea Bernas
4. Bebas

tidak seronok:
1. Uniform
2.Kerja rumah
3. Cikgu Garang
4. Duit

tak sungguh bagai di kata.

Monday, February 27, 2012

Situasi 'Masa Rehat'

Waktu rehat merupakan satu tempoh bagi melegakan kepenatan otak dan badan setelah belajar lebih kurang 3 jam.

tempat rehat adalah di kantin sekolah atau di kedai luar. apakah kaitan antara rehat dan makan?

Wednesday, February 1, 2012

Lagi-lagi Novel

Ranjau Sepanjang Jalan



Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad dan kini novel itu telah pun berusia 45 tahun. Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Sememangnya novel ini adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai konflik yang berlaku dan juga peristiwa tersebut sangat menyayat hati para pembaca. Novel ini turut memaparkan jerit perih keluarga tani ini. Sebuah karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan,kegigihan, ketabahan dan perjuangan.

Ulasan lanjut: Hamidah Ismail

-------------------------------------------------------------------------

susah dan senang mainan hidup.

Monday, January 30, 2012

Siniopsis Rimba Harapan



Nukilan seorang (jiwarasa) berkaitan Novel ini.

Rimba Harapan mengisahkan kisah hidup penduduk di Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Ia kisah penghijrahan orang Melayu ke kampung baru, akibat dasar penjajah yang memaksa peluasan perladangan getah dan industri perlombongan di Tanah Melayu. Penjajah telah berjaya mempengaruhi dan memusnahkan kehidupan penduduk kampung lalu memaksa mereka lari meneroka hutan untuk membina hidup baru.

Oleh kerana bencana alam dan juga dasar penjajah British, orang Melayu lari ke Janda Baik dan meneroka hutan untuk memulakan hidup baru. Kisah kesusahan meneroka tanah baru memang begitu memberi kesan mendalam kepada yang membaca. Buku ini menceritakan tentang perubahan sosial yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di tanah air mereka sendiri akibat dari pemodenan hidup. Bagaimana orang Melayu harus menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan sosial yang berlaku. Ini terseli di dalm dialog seperti antara Pak Kia dan anaknya Karim sewaktu mereke bersama-sama menerang tanah, meneroka hutan untuk dijadikan kampung halaman baru.

"Bila kau besar nanti ingatlah betapa susahnya mendirikan kampung halaman. Jangan sekali-kali mahu jadi macam sekarang ini, datang orang kaya-kaya, datang orang pandai-pandai kita dihalaunya dengan wang ringgit dan tipu muslihat...ingatlah kepada anak cucu supaya jangan mahu menjual kampung halaman. Jangan mahu terbuang sekali lagi."(ms 162 -163)

Pengarang juga menyelitkan tentang amalan orang Melayu yang percaya kepada pawang dan bomoh dalam urusan hidup. Pawang dianggap seorang yang begitu berpengaruh dalam masyarakat. Turut diselitkan tentang pengaruh Kaum Muda dalam masyarakat.

Sumber: Jiwarasa
----------------------------

Sejarah akan terus berulang. Berapa banyak tanah dan air yang telah tergadai atas alasan yang pelbagai.