Monday, April 9, 2012

Sehari di SMKS

cuba untuk mengingati kehidupan dalam kelas, tapi entah mengapa, kenangan itu bagaikan hilang. entah di mana yang indah dan di mana kebosanan. cuba dan kucuba lagi, namun masih tidak berjaya...oh kejamnya memori ini. ramai setuju yang zaman persekolahan adalah zaman terindah..namun ke manakah kenangan itu.

tiba-tiba, satu kenangan telah muncul...ya kenangan semasa di bilik darjah.. namun apakah kenangan itu? antara di rotan dan yang merotan, siapakah yang paling bahagia? antara tak dapat jawab dengan yang sentiasa menjawab, siapakah yang paling bahagia? antara yang tak siap kerja rumah dengan yang sentiasa siap, siapakah yang rajin? dan banyak lagi...oh kenangan hadirlah dikau dalam ingatan ku.

terkenangkan bangunan
dalam bangunan ada macam-macam
yang bernyawa dan tak bernyawa
yang lembut dan yang keras
yang putih dan hitam
yang nakal dan yang sopan
oh semuanya penting
semuanya indah
dan
kini
dimanakah
semua
itu?