Sunday, March 31, 2013

Arah mana?

Kesinambungan kehidupan selepas sesuatu peperiksaan besar adalah penting untuk memastikan kejayaan di masa depan. Selepas SPM dan STPM? Biasanya akan diteruskan berdasarkan jenis pelajaran yang cemerlang.

Belajar untuk Lulus atau untuk ilmu?

Tuesday, March 19, 2013

Ambil 'Keputusan'

Perasaan bercampur baur, ada yang resah, ada yang rilek dan ada juga yang tak rasa apa-apa. Pastinya, pada masa ini, tawa riang dan sedih hiba adalah lumrah (lebih lagi kepada pelajar pompuan). Tiga kali pengalaman ambil keputusan..SRP/PMR, SPM dan STPM. Tiap satunya punya rasa yang berbeza, masam-masam manis, pahit pun ada. Oh mengapakah setiap kali belajar harus ada peperiksaan?

Sunday, March 17, 2013

Suatu Hari di Kelas

guru : kamu faham tak?
murid : faham, cikgu !
guru: apa yang kamu faham?
murid: apa yang cikgu ajar.
guru : apa yang cikgu ajar?
murid: (geleng kepala)..

Thursday, March 14, 2013

Kenangan Terindah

dapat merasai alam persekolahan merupakan satu saat yang terindah. Pada masa itu, kebebasan adalah satu nikmat yang besar, bebas dari tanggungjawab yang berat-berat seperti orang-orang dewasa yang perlu mengurus diri dan orang-orang di sekeliling mereka, orang-orang yang mereka perlukan dan yang memerlukan dia. Tanggungjawab seorang anak bergelar pelajar hanyalah terhadap tugasnya untuk belajar, satu aktiviti yang taklah susah sangat jika dibandingkan dengan orang-orang dewasa yang perlu mengerah sekalian anggota empat kerat, jiwa dan raga, dan terkadang terpaksa menggadaikan prinsip-prinsip kemanusiaan hingga menjadi seperti haiwaniah.

Menjadi pelajar juga dipenuhi dengan kegembiraan kerana sememangnya belajar itu menyeronokkan. Perubahan dari tidak tahu menjadi tahu, dari tidak mahir menjadi mahir dan yang lebih penting, dengan belajar, seseorang itu akan merubah dirinya ke arah yang lebih baik.

Namun, masih kedengaran bisikan-bisikan tentang belajar yang membosankan, hingga terkadang tiada motivasi untuk hadir ke dalam kelas. Jika hadir pun, hanya jasad yang wujud, akal dan kewarasan mengarah ke tempat lain. Dunia kan luas, banyak tempat yang harus diterokai, termasuklah hutan rimba, hutan batu, dan kawasan-kawasan yang tidak berhutan.

Hakikatnya, apa pun kejadian, zaman persekolahan merupakan detik awal kepada suatu kehidupan.