Tuesday, June 2, 2009

Semua Segar

Saat itu...di awal kaki ini harus berada di dalam dunia yang baru. Semua segar, baru dan menarik. Perubahan alam telah merubah dunianya. Tiada yang biasa, semuanya luar biasa. Kawan, guru dan buku. Harus apakah yang perlu dibuat. Alam itu, alam baru, alam dunia SMK. Rasanya ia tiada beda dengan mana-mana pun SMK. Dimulakan dengan pengenalan dan ujian bagi menentukan duduknya seorang pelajar yang datangnya dari pelbagai ceruk daerah...itulah minggu pertama, minggu penentuan kelas. Akhirnya yang akrab telah terpisah, duduknya di kelas yang berbeza sesuai dengan markah dalam ujian pertama. Pada masa tersebut, SMKS ini cukup unik dan terkenal dengan rekod pencapaiannya yang kurang baik. Di sinilah, anak-anak bangsa yang pelbagai menyatu dan beraksi semahu hati mereka. Kenakalan dan keanak-anakan adalah lumrah. Kesannya, guru disiplin akan menjadi terkenal dan tersohor.
Aktiviti lanjutan adalah penentuan barisan kepimpinan dalam kelas. Maka bermulalah sesi pencalonan. Mutiara, di mana pun ia pasti bersinar. Kebiasaan menjadi Ketua Kelas di SK menyebabkan insan-insan ini akan terus mendapat pencalonan. Beberapa ciri; berbadan besar, rajin, tidak pemalu, dan ada hubungan baik dengan semua orang. Bermula dengan ketua, diikuti penolongnya dan beberapa jawatan lain yang tidak kurang pentingnya.
Tanggungjawab pertama seorang Ketua adalah mengetuai kelasnya dalam ucapan selamat setiap kali pertukaran kelas berlaku. Salam dan Good Morning saling berganti.