Thursday, November 10, 2011

Tuesday, June 7, 2011

Belajar Puisi (2)

Koleksi puisi seterusnya yang mesti difahami ialah puisi yang puitis nukilan Amir Hamzah.

NYANYI SUNYI


Sunyi itu duka


Sunyi itu kudus


Sunyi itu lupa


Sunyi itu lampus



Koleksinya di sini.





Sungguh Ironi sekali, menyanyi dalam keadaan sunyi.?

SMKS KINI

segalanya telah maju..
kebestarian menjadi mercu
guru berwibawa
keputusan cemerlang
murid yang berdisiplin
persekitaran yang kondusif

semuanya telah berubah.

syabas SMSK

Thursday, June 2, 2011

Aktiviti cuti Sekolah

pelbagai dan beraneka jenis;
ada yang buat lawatan sambil belajar
ada pergi masuk hutan
ada pergi pulau
ada yang tak ke mana-mana pun
anda dulu ke mana?

Thursday, May 26, 2011

REUNION

Suka,
ketemu yang lama tak bertemu
pelbagai khabar juga berita
suka duka
manis pahit
semua jauh berbeza.

lagi suka: komen bloggers ni.

Wednesday, May 25, 2011

Kesusasteraan Melayu

Belajar Puisi 1

Topeng -topeng

Ini dunia menjadi segala peristiwa
topeng-topeng menari dari bayang ke bayang
"dan kita usah bimbang
subuh pasti datang menyerahkan segumpal cahaya
penyelesaian dan kemenagan
hidup kita akan lega"

ini dunia menjadi rumah topeng-topeng
dewi pemurah dan dewa penyelamat
bagi mereka yang gentar keberanian
bagi mereka yang gagal berikhtiar
bagi mereka yang besar berdoa
berkacalah dengan topeng
dari bayang ke bayang

ini dunia menjadi rumah segala mimpi
dalam gendang perang nanti malam
akulah rawana dengan topeng hanuman
sebelum tiba subuh yang mereka harapkan
rama roboh dengan satu panggilan
demi sita lambang segala kejujuran
berbicaralah kau kebenaran
di muka penonton sekian lama diperbodohkan

di sekitarku peristiwa
di sekitarku topeng
di sekitarku mereka
ini aku
wajah telanjang
di muka
kekonyolan

jakarta, 1971

Baha Zain. 1991. Tiga Catatan Perjalanan (edisi pelajar). KL: DBP

GATENA;
Cuba faham dan memahami maksud dan yang lebih mustahak mengaitkannya dengan kehidupan kini.

Tuesday, May 24, 2011

Sekolah dan Lagu

Setiap zaman/era
pasti diikuti dengan
lagu-lagu kegemaran
ada masanya
rock
ada masanya
jiwang
ada masanya
hip-hop

masa tu ...

GATENA 2

Pemilihan Kepimpinan.

" Saya mencadangkan diri saya sebagai calon"!

bolehkah?

Monday, May 23, 2011

Cuti Sekolah

Seronok
hati terasa lapang
minda terasa luas
seharian berehat
seharian bersenang lenang

namun
kini tidak lagi
cuti adalah
untuk kelas tambahan
untuk program motivasi
untuk macam-macam lagi
semuanya
untuk
A

Friday, May 20, 2011

Thursday, May 19, 2011

Perbezaan Kelas

Dahulu:
Tingkatan 1-3: Mawar, melur, kasturi, kemboja, dahlia, cempaka,
Tingkatan 4-5: Merah, biru, Hijau, Kuning, Jingga, Unggu

Sekarang:
Tingkatan 1-5: Inovatif, kreatif, Cemerlang,

Beza:
Bunga: keriangan dan wangi-wangian : menengah rendah
Warna: mencari identiti : menengah atas
Sikap : tak tahu nak komen...tekanan ?

Ada kesankah?

Wednesday, May 18, 2011

Belajar di Tingkatan ENAM

tak mau sambung tingkatan 6, susah.
Memanglah..kan itu Sijil Tinggi..
kalau dah tinggi...mesti lah bernilai..
kau akan tau nilainya...bila kau sampai situ.

susahkah? dulu..ini yang kami telan:
1. Pengajiam Am 1 dan 2
2. Bahasa Melayu 1 dan 2
3. Kesusasteraan Melayu, Novel dan Puisi
4. Sejarah Islam, 2 dan 9
5. Pilih: Geografi, Ekonomi, Matematik,

nampak sepintas: 5 subjek , tapi dipecah-pecah jadilah sepuluh hingga dua belas.

yang susahnya ialah bila otak tak mau belajar...ramai dari aliran sains tukar masuk sastera..dan tidak punya banyak masalah.

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kerja rumah

Guru: Kerja semalam dah buat?
murid: dah hantar cikgu.
Guru: Nak lagi tak?
murid: Nak.

Tuesday, May 17, 2011

Lepas hari guru?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.



OBJEKTIF-OBJEKTIF
HARI GURU


1. Menitik beratkan
peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


2. Menarik perhatian
ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.


3. Memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.


4. Meninggikan
martabat dan taraf guru dalam masyarakat.


5. Memberi peluang
untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan,
dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.


6. Menilai secara
objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.


Sumber: http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_Guru1.htm


----------------------------------------------


Masih relevankah dengan segala perubahan yang berlaku pada masa ini dan bagaimana?

Thursday, May 12, 2011

GATENA ?

GAbungan Tingkatan ENAm.

2 Kelas = Atas dan Rendah,
Ahli :
Bilangan = kurang 100,
Gender = Lelaki, Wanita
Asal = SMK sekitar Sandakan
Sikap = Rajin tapi Nakal
Status = Pra- Universiti tapi pakai pakaian seragam
Intelektual = Tinggi
Aliran = Sastera
Kesepaduan = Bersatu padu, berat sama dipikul ringan sama dijingjing.
Bakat = Bakal Pemimpin, Suami, Isteri dan Tenaga Kerja

lagi?

Wednesday, May 11, 2011

Sekolah

Kenapa bersekolah?
A. Belajar
B. Menuntut Ilmu
C. Ramai Kawan
D. Kena Paksa (ayah/ibu)
E. Kewajipan
F. Dah memang zaman persekolahan
G. Lain-lain

apa bezanya.

Tuesday, May 10, 2011

Sempena Hari Guru

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979



------------


Puisi untuk Guru di Hari Guru


Puisi 1


Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti.



Puisi 2


Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”


Puisi 3


Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik



Sumber: http://mzfaizal.org/blog/?p=804
---------------


mulia sungguh khidmat mu.


terima kasih KAMI ucapkan.





Rutin Harian

Rutin (perkara yang dilakukan berulang-ulang)
Harian (Isnin hingga Jumaat)

Isnin
Perhimpunan sekolah
Selasa/Rabu/Khamis
Kelas;Kantin;Perpustakaan
Jumaat
Solat Jumaat.

Rutinkah?

Hidup Segan Mati tak Mau

Jumpa Lagi.
Lama tidur
tak terusik
tiada khabar
inikah dunia maya
datang bila suka
rehat bila sibuk
lama
sekejap
atau
hilang terus.