Tuesday, May 10, 2011

Sempena Hari Guru

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG
1979



------------


Puisi untuk Guru di Hari Guru


Puisi 1


Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti.



Puisi 2


Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”


Puisi 3


Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik



Sumber: http://mzfaizal.org/blog/?p=804
---------------


mulia sungguh khidmat mu.


terima kasih KAMI ucapkan.





No comments: