Thursday, September 3, 2009

Aktiviti Kelas di Bulan Ramadhan

Ada beza tak? seingat ingatan ini...bezanya adalah para pelajar tidak menjejakkan kaki ke kantin sekolah, dan mereka hanya akan berada di persekitaran kelas, paling tidak pun akan ke perpustakaan sekolah.

Monday, August 3, 2009

2 zaman

Dulu dan kini...

dulu.
adalah kenangan..himpunan kisah..manusia yang datang silih berganti...

kini.
adalah peristiwa...himpunan kejadian...hari demi hari...

dahulu...
kehidupan di sekolah itu penuh dengan keanehan
kini..
ia masih penuh dengan keanehan
kerna hidup ini memang aneh
seaneh peristiwa yang pernah dilalui

dimanakah kenaehan itu?

Tuesday, June 2, 2009

Semua Segar

Saat itu...di awal kaki ini harus berada di dalam dunia yang baru. Semua segar, baru dan menarik. Perubahan alam telah merubah dunianya. Tiada yang biasa, semuanya luar biasa. Kawan, guru dan buku. Harus apakah yang perlu dibuat. Alam itu, alam baru, alam dunia SMK. Rasanya ia tiada beda dengan mana-mana pun SMK. Dimulakan dengan pengenalan dan ujian bagi menentukan duduknya seorang pelajar yang datangnya dari pelbagai ceruk daerah...itulah minggu pertama, minggu penentuan kelas. Akhirnya yang akrab telah terpisah, duduknya di kelas yang berbeza sesuai dengan markah dalam ujian pertama. Pada masa tersebut, SMKS ini cukup unik dan terkenal dengan rekod pencapaiannya yang kurang baik. Di sinilah, anak-anak bangsa yang pelbagai menyatu dan beraksi semahu hati mereka. Kenakalan dan keanak-anakan adalah lumrah. Kesannya, guru disiplin akan menjadi terkenal dan tersohor.
Aktiviti lanjutan adalah penentuan barisan kepimpinan dalam kelas. Maka bermulalah sesi pencalonan. Mutiara, di mana pun ia pasti bersinar. Kebiasaan menjadi Ketua Kelas di SK menyebabkan insan-insan ini akan terus mendapat pencalonan. Beberapa ciri; berbadan besar, rajin, tidak pemalu, dan ada hubungan baik dengan semua orang. Bermula dengan ketua, diikuti penolongnya dan beberapa jawatan lain yang tidak kurang pentingnya.
Tanggungjawab pertama seorang Ketua adalah mengetuai kelasnya dalam ucapan selamat setiap kali pertukaran kelas berlaku. Salam dan Good Morning saling berganti.

Friday, May 22, 2009

HaTi

Apabila orag mengenal hatinya, maka ia mengenal dirinya, dan apabila ia mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya.
Tetapi apabila orang tidak mengenal hati, maka ia tidak mengenal dirinya sendiri, dan apabila dia tidak mengenal dirinya sendiri, maka ia tidak akan mengenal Tuhannya.
Al-Ghazali

Friday, May 8, 2009

Sibuk atau Menyibuk


Terkadang kita merasakan ianya satu kesibukan...mengapa perlu sibuk? barangkali masa kurang mengcukupi atau masa tidak ter'uruskan? apa pun alasan di sebaliknya...setiap kita punya masa yang sama..sehari putaran hidup 24 jam. Dalam tempoh tersebut, bilakah masanya kita menemukan 'sibuk' itu?

Rata-rata mahkluk manusia akan menghabiskan masanya kepada beberapa bahagian.
Bahagian 1: Tidur dan Rehat
Bahagian 2: Kerja dan Bekerja
Bahagian 3: Urusan Keluarga dan Masyarakat

Pada bahagian 1, manusia hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh semua yang bernama makhluk; makan dan tidur. Aktiviti ini adalah aktiviti bagi meredakan segala kekusutan dan kepenatan pada bahagian 2 dan 3.

Bahagian 2 pula, manusia berperanan sebagai pemegang amanah untuk menguruskan dunianya. Pelbagai bentuk amalan; berniaga, makan gaji, dan lain-lain.

Bahagian 3 pula, manusia berperanan dalam aktiviti pelengkap kehidupan; berkeluarga dan bersosial.

Disebabkan bahagian 2 menghasilkan alat pertukaran; maka kesibukan akan selalu ada di sini. Pada yang berniaga; lagi banyak diniagakan lagi banyak pendapatan. Pada yang makan gaji; lagi bagus prestasi lagi tinggi kenaikan. Akhirnya....masa akan banyak dihabiskan di sini, terkadang 8 hingga 10 jam sehari

Apa pun...sebaiknya dalam kesibukan ini, kita jadikannya sebagai ibadah. Masa 1,2, dan 3, dijadikan ibadah bila menepati syarat-syaratnya...
inilah kehidupan; dunia yang sementara sifatnya....

Friday, January 23, 2009

Tersebar ke seluruh Malaysia

Sungguh itulah hakikatnya...kecekalan dan kesungguhan telah membuahkan hasil. kini rakan-rakan telah tersebar. dari utara hingga ke selatan dari sabah hingga ke perlis.
bermacam ragam dan karenah?

semoga terus sukses!

Monday, January 19, 2009

SMK SANDAKAN -Long Years Experience

Menjejakkan kaki setelah lama tak ke mari..mengimbau seribu memori di masa lalu. Banyak yang telah berubah, meski lokasinya tetap sama..batu 1.5 jalan utara sandakan. Kewujudan pondok pengawal telah mengubah persepsiku terhadap sekolah ini. dahulu pondok itu jarang berpenghuni..meningkatkan kebebasan keluar dan masuk. tapi kini ianya telah menjadi ketat. Pasti ini satu kemajuan...rasanya aset di dalamnya semakin berharga...

nanti bersambung

Thursday, January 1, 2009

kEjUtAn 2oo9

Akhirnya...
kau kini menikmatinya,
tanpa undangan
juga khabaran
kau diijab di negeri jauh..

oh teman..
kebahgiaan kian menghampir
separuh usia dirimu membujang
rakan dan taulan beranak pinak
engkau diam terus bersendirian...

kini..
di kala manusia sibuk berkorban
lembu, kambing dan juga unta
kau korbankan
riang bujangmu...

dan esok...
majlis kedua di kg halaman
moga bahagia dunia akhirat

-----------------------------------
*utk teman yg akan meraikan hari bahagianya...

TAHnIAH