Tuesday, July 29, 2014

SELAMATHARIRAYAAIDILFITRI1435/2014

Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga dunia di mana pun jua.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGWjMHjS3wmMjeQCLwj5B9uyyEYWFqCb1Ew-gNA9ij6PNeexIy8U9bc1fLAjo89S02m_RrZTHXbD-Efqa9gD_p5XhwySgLhbF1U7xbxRKY2IQTOqfc1UH_FHF89-6nFiCs8bkEpCM2EnM/s1600/kd+ry.JPG

Ambil di SINI

Semoga Kebahagiaan Selalu Dirasai?

Tuesday, July 22, 2014

Hikayat Hang Tuah

http://sejarahhangtuah.files.wordpress.com/2010/11/kitab-hikayat-hang-tuah.jpg
Sumber


Merupakan karya tentang 'keperwiraan' orang Melayu. Sejak zaman kana-kanak sehinggalah kematian, Hang Tuah adalah wajah seorang marhaen yang 'dimobilisasikan' demi kepentingan Kesultanan Melaka.
Inilah dia hero Melayu seperti analisis oleh SN Prof Muhammad Haji Salleh:


              " Hikayat Hang Tuah muncul dan imaginasi Melayu di Nusantara dan dewasa in dianggap sebagai
  karya agung Indonesia,  Malaysia, Singapura dan Brunei, dan manusia berbahasa Melayu. Dialah wira budaya, tanpa 
tandingnya _ sekiranya Kieu dan Lear serta Hamlet hanya wujud di halaman Imaginasi sastera, Hang Tuah diperakui wujud oleh Sulalat al~Salatin (Sejarah Melayu), walau dilakar dalam bentuk dan pencapaian yang lebih sederhana.Kata beberapa orang sarjana Hikayat Hang Tuah menjadi lebih besar di waktu Melaka dikalahkan oleh Portugis berterus-terusan di Johor dan Kampar,
 dan lukisan gemilang ini dijadikan sebagai penebus psikologi bangsa yang pernah besar tapi sedang kalah dewasa itu.



Dalam Hikayat Hang Tuah wiranya dilukiskan sebagai manusia sempurna (dalam konteks feudal kurun ke-14 atau 15), 
yang setia kepada setiap kata dan prinsip yang tidak  bertulis di zaman Itu. Koda begini, sekiranya dilihat dari perspektif bandingan, juga wujud di antara Pahlawan Meja Bulat (Knights of the Round Table) dan juga di antara samurai Jepun di zaman pra-moden, yang dikenali sebagai Bushldo. Namun `Sulalat al-Salatln lebih dekat  kepada sejarah daripada Hikayat Hang Tuah dan meluklikan kejayaan dalam ruang yang lebih kecil dan kekuatan dan pencapaian yang lebih dapat dipercayai.



Dalam kedua buah karya ini Hang Tuah dilukis sebagai manusia agak kosmopolitan,
 malah untuk zamannya, manusia antarabangsa yang mengenal: bahasa dan budaya banyak negara besar, terutama sewaktu dia menjadi rajaduta Melaka. Sewaktu dia membesar, pengarang mempersiapkannya dengan dua belas bahasa semuanya, 
Iaitu semua bahasa besar dalam dunia yang dikenali Melaka pada waktu Itu - Jawa, Cina, Keling, Slam, Arab dan lain-lain. 
Yang dilukiskan manusia luar biasa-pada kemampuan linguistiknya, bakat diplomatiknya, kekuatan jasmaniahnya, keberaniannya, dan keperwiraannya.
Sumber : USM 

RESPON:

ADAKAH CIRI INI PADA MELAYU KINI?

Beberapa kajian tentang Hikayat Hang Tuah:

[Bayangkan Hang Tuah dilantik menyiasat MH Satu Tujuh] 


Thursday, July 10, 2014

Berpuasa di Sekolah

Marhaban ya Ramadhan!

Bulan yang ditunggu oleh sekalian manusia termasuklah pelajar sekolah. Terdapat beberapa alasan kepada 'keghairahan ini' yang mungkin salah satunya turut menjadi alasan buat anda. Antaranya ialah:
1. Masa persekolahan dipendekkan
2. Kurangnya aktiviti luar kelas.
3. Kurangnya aktiviti tidak bermunafaat (bising dalam kelas, ponteng kelas, hisap rokok, dll)
4. Hati manusia menjadi 'lembut'.
5. Dan banyak Lagi..

Namun begitu, terdapat alasan yang lebih utama iaitu ganjaran yang diberikan untuk hari akhirat, alasan yang lebih utama kerana ke sanalah kita semua akan ditempatkan. Kehidupan yang sebenar dan berkekalan. Antara ganjaran tersebut ialah:
1. Pahala amalan fardhu digandakan tujuh puluh (70x) ganda.
2. Pahala amalan sunat diganjarkan sebagai amalan fardhu.
3. Dan banyak lagi.


Oleh itu, sewajarnyalah di masa persekolahan dahulu 'kami semua' gembira bila datangnya bulan Ramadhan.

[mencari gambar berbuka puasa smk sandakan tapi tak jumpa, yang ada sekolah lain jak, KLIK SINI.]