Thursday, July 10, 2014

Berpuasa di Sekolah

Marhaban ya Ramadhan!

Bulan yang ditunggu oleh sekalian manusia termasuklah pelajar sekolah. Terdapat beberapa alasan kepada 'keghairahan ini' yang mungkin salah satunya turut menjadi alasan buat anda. Antaranya ialah:
1. Masa persekolahan dipendekkan
2. Kurangnya aktiviti luar kelas.
3. Kurangnya aktiviti tidak bermunafaat (bising dalam kelas, ponteng kelas, hisap rokok, dll)
4. Hati manusia menjadi 'lembut'.
5. Dan banyak Lagi..

Namun begitu, terdapat alasan yang lebih utama iaitu ganjaran yang diberikan untuk hari akhirat, alasan yang lebih utama kerana ke sanalah kita semua akan ditempatkan. Kehidupan yang sebenar dan berkekalan. Antara ganjaran tersebut ialah:
1. Pahala amalan fardhu digandakan tujuh puluh (70x) ganda.
2. Pahala amalan sunat diganjarkan sebagai amalan fardhu.
3. Dan banyak lagi.


Oleh itu, sewajarnyalah di masa persekolahan dahulu 'kami semua' gembira bila datangnya bulan Ramadhan.

[mencari gambar berbuka puasa smk sandakan tapi tak jumpa, yang ada sekolah lain jak, KLIK SINI.]

No comments: