Sunday, December 29, 2013

Cuti Sampai Hujungnya

Percutian memberi banyak makna kepada setiap orang. Ada yang bergembira dan ada pula yang bersedih Kegembiraan boleh datang kerana banyak sebab seperti dapat melancong ke sana-sini, menghadiri pelbagai jenis kenduri, dapat berhimpun dengan sanak saudara, dan macam-macam sebab yang menyeronokkan hati.'
Namun begitu, terdapat segelintir yang mengalami kesedihan dan kedukacitaan disebabkan pelbagai masalah dan malapetaka seperti banjir, kesakitan, kemiskinan, dan sebagainya.

Dahulu bila cuti sekolah, kami hidup macam biasa...seadanya. Syukur.