Wednesday, May 28, 2014

Masih Lagi tentang SEJARAH MELAYU

Rasa masih tidak mencukupi untuk membicarakan berkaitan teks ini. Dengan itu perlulah dilakukan sedikit penambahan tentang kandungan dan penceritaan tersebut.

Karya ini antara lain merupakan karya agung tentang orang Melayu dan dapat dikatakan sebagai 'salah satu Masterpiece'
Sila baca artikel ini : Genesis Autograf Sejarah Melayu


Monday, May 26, 2014

Sastera- SEJARAH MELAYU

Hari ini terasa ingin pulak rasanya akan diri yang hina ini untuk berbicara akan darihal teks yang klasik ini. Terasa rindu akan perjalanan Sang Lebar Daun turun ke bumi dan akhirnya telah menbentuk kerajaan di Tanah Melayu melalui Kesulatanan Melayu Melaka,
Rasanya teks adalah seperti berikut:


Teks ini yang pernah diri ini melihatnya dulu, tapi yang pasti yang kerap digunakan adalah teks berbentuk salinan pendua. Kini terdapat teks yang baru seperti ini:
Sumber: kalimahbestari

Namun apa yang lebih penting ialah kaedah dalam membincangkan dan membahaskan butir-butir peristiwa dan pengajaran dari setiap sudut. Bagi memahami akan semua itu, maka hendaklah dibaca berulang-ulang akan teks asal disamping bantuan dari buku-buku rujukan yang lain.
Antara tujuan mempelajari warisan ini adalah untuk yang menurut PENAMAGIS:
       " Sesekali jangan lupa, objektif Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan subjek ini di peringkat STPM ini ialah bagi   membolehkan pelajar:
(a) memahami konsep asas kesusasteraan; 
(b) mengenali, mendalami, dan menghargai pelbagai jenis dan   sifat kesusasteraan Melayu; 
(c) mengetahui suasana zaman, persekitaran sosial, latar masyarakat, dan pemikiran yang menghasilkan kesusasteraan; 
(d) mengesan dan mengambil iktibar nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terungkap dalam kesusasteraan;
(e) menguasai kaedah penghayatan seni sastera; 
(f) menguasai keindahan gaya bahasa sastera; 
(g) menganalisis dan merumuskan hasil kesusasteraan secara kritis;
(h) menghasilkan penulisan esei yang bermutu tentang kesusasteraan;
(i) menghasilkan karya kreatif berdasarkan bakat, pengalaman, dan pengetahuan. 

berapa banyak punya objektif? Oleh itu, belajarlah sastera yang indah ini.

Friday, May 16, 2014

Pencetus KREATIVITI Penjana INOVASI

Kreativiti perlu dicetuskan?
Inovasi perlu dijanakan?

Pada hemat diri yang daif ini:
Sifat kreatif dan inovasi adalah satu yang alami, bayi yang lahir akan datang dengan sifat ini. Dia akan respon dengan sekitaran yang berbeza, bila perlu dia akan bertindak. Namun begitu, ada masanya respon tidak diberi disebabkan faktor yang pelbagai. Mungkin inilah puncanya mengapa tindakan mencetus dan menjana diperlukan di kala negara hampir pada wawasannya.

Pun begitu, bimbang jadinya bila kreativiti dan inovasi tidak seimbang dengan penerimaan rakyat umum?

Wednesday, May 14, 2014

Selamat Hari Cikgu

Pelik bunyinya, jadi digunakanlah perkataan GURU.
Beza tak Cikgu dengan Guru?
1. Guru untuk jawatan tertentu. Guru Besar,
tapi lain pula di sekolah menengah, Pengetua.
2. Cikgu untuk semua guru yang mengajar, dari tadika sehingga ke Universiti.

apa pun gelaran, itu hanyalah simbol.
perkara yang lebih penting adalah beban' disebaliknya.

terima kasih
cikgu!

KAMI SAYANG KAMU