Monday, May 26, 2014

Sastera- SEJARAH MELAYU

Hari ini terasa ingin pulak rasanya akan diri yang hina ini untuk berbicara akan darihal teks yang klasik ini. Terasa rindu akan perjalanan Sang Lebar Daun turun ke bumi dan akhirnya telah menbentuk kerajaan di Tanah Melayu melalui Kesulatanan Melayu Melaka,
Rasanya teks adalah seperti berikut:


Teks ini yang pernah diri ini melihatnya dulu, tapi yang pasti yang kerap digunakan adalah teks berbentuk salinan pendua. Kini terdapat teks yang baru seperti ini:
Sumber: kalimahbestari

Namun apa yang lebih penting ialah kaedah dalam membincangkan dan membahaskan butir-butir peristiwa dan pengajaran dari setiap sudut. Bagi memahami akan semua itu, maka hendaklah dibaca berulang-ulang akan teks asal disamping bantuan dari buku-buku rujukan yang lain.
Antara tujuan mempelajari warisan ini adalah untuk yang menurut PENAMAGIS:
       " Sesekali jangan lupa, objektif Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan subjek ini di peringkat STPM ini ialah bagi   membolehkan pelajar:
(a) memahami konsep asas kesusasteraan; 
(b) mengenali, mendalami, dan menghargai pelbagai jenis dan   sifat kesusasteraan Melayu; 
(c) mengetahui suasana zaman, persekitaran sosial, latar masyarakat, dan pemikiran yang menghasilkan kesusasteraan; 
(d) mengesan dan mengambil iktibar nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terungkap dalam kesusasteraan;
(e) menguasai kaedah penghayatan seni sastera; 
(f) menguasai keindahan gaya bahasa sastera; 
(g) menganalisis dan merumuskan hasil kesusasteraan secara kritis;
(h) menghasilkan penulisan esei yang bermutu tentang kesusasteraan;
(i) menghasilkan karya kreatif berdasarkan bakat, pengalaman, dan pengetahuan. 

berapa banyak punya objektif? Oleh itu, belajarlah sastera yang indah ini.

No comments: