Tuesday, May 17, 2011

Lepas hari guru?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.



OBJEKTIF-OBJEKTIF
HARI GURU


1. Menitik beratkan
peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


2. Menarik perhatian
ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.


3. Memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.


4. Meninggikan
martabat dan taraf guru dalam masyarakat.


5. Memberi peluang
untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan,
dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.


6. Menilai secara
objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.


Sumber: http://www.pnm.my/yangpertama/Edu_Guru1.htm


----------------------------------------------


Masih relevankah dengan segala perubahan yang berlaku pada masa ini dan bagaimana?

No comments: