Tuesday, January 5, 2016

Tahun Baru dan Kembali ke Sekolah

Selamat datang 2016!

dan Selamat Kembali ke Sekolah untuk kalian semua!

Kembali ke sekolah pada tahun ini disertai dengan kemelut 'kos sara hidup'?
Terdapat golongan yang merasa terbeban dengan peningkatan perbelanjaan untuk
memastikan unsur 'baru' dapat diterapkan:
Baju baru
Seluar baru
Kasut baru
Tali pinggang baru
Stokin baru
Rambut Baru
Alat tulis baru
Beg baru
dan lain-lain yang baru.

Namun, terdapat juga golongan yang merasa tidak terbeban kerana memiliki perbelanjaan
yang mencukupi dan mungkin tidak ramai anak. Unsur baru ini sememangnya mudah untuk
dikecapi.

Dahulu?
Tiada rungutan tentang unsur baru ini. Kenapa ya?

dan yang lebih mustahak ialah unsur baru yang melibatkan jiwa dan roh para pelajar:
SEMANGAT BARU!

No comments: