Monday, February 18, 2013

Hari PERHIMPUNAN sekolah

Acara ini, adalah acara mingguan, setiap hari ISNIN (ya hari in). Ianya seolah-olah seperti suatu mesyuarat; perkara minggu lepas akan dikenang dan perkara atau aktiviti yang akan diadakan minggu ini akan dikhabarkan.

susunan acara:
loceng akan dibunyikan tepat waktunya, kemudian murid-murid akan masuk (berdiri dalam barisan mengikut turutan kelas; lelaki hadapan dan wanita di belakang). Guru-guru pula hadir dengan membawa kerusi masing-masing akan duduk di hadapan. Lepas itu, guru bertugas akan bertindak menjadi juruacara dan memulakan majlis dengan menjemput seorang wakil pelajar membacakan doa. begitukah? atau aktiviti pertama adalah menyanyikan lagu-lagu patriotik (Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan lagu Sekolah). Kemudian disusuli pula dengan ucapan dari Pengetua Sekolah. Kemudian laluan diberi kepada guru-guru yang ingin membuat pengumuman dan sebagainya. Sepanjang tempoh tersebut, akan kelihatan guru disiplin cuba memerhatikan pelajar yang tidak berdisiplin; contoh rambut panjang, seluar ketat dan sebagainya. Setelah hampir 1 masa (empat puluh lima minit), perhimpunan ini akan berakhir dengan perbarisan keluar di mana kuku, rambut, dan lencana akan diperiksa, dan mereka yang bersalah akan dihukum. antara hukuman itu, berlari mengelilingi padang, cabut rumput sundal, mengutip sampah sekeliling sekolah dan sebagainya. Perhimpunan ini kuingat betul sebab aktiviti mingguan, dan bayangkan selama bersekolah, selalulah kita akan dihimpunkan.

"kelas terbersih minggu lepas ialah:
"kelas 6 atas 1"
hadiah pun diberi

bersihlah sangat!

1 comment:

Anonymous said...

seronak tak perhimpunan ni?