Acara ini, adalah acara mingguan, setiap hari ISNIN (ya hari in). Ianya seolah-olah seperti suatu mesyuarat; perkara minggu lepas akan dikenang dan perkara atau aktiviti yang akan diadakan minggu ini akan dikhabarkan.
susunan acara:
loceng akan dibunyikan tepat waktunya, kemudian murid-murid akan masuk (berdiri dalam barisan mengikut turutan kelas; lelaki hadapan dan wanita di belakang). Guru-guru pula hadir dengan membawa kerusi masing-masing akan duduk di hadapan. Lepas itu, guru bertugas akan bertindak menjadi juruacara dan memulakan majlis dengan menjemput seorang wakil pelajar membacakan doa. begitukah? atau aktiviti pertama adalah menyanyikan lagu-lagu patriotik (Negaraku, Sabah Tanah Airku, dan lagu Sekolah). Kemudian disusuli pula dengan ucapan dari Pengetua Sekolah. Kemudian laluan diberi kepada guru-guru yang ingin membuat pengumuman dan sebagainya. Sepanjang tempoh tersebut, akan kelihatan guru disiplin cuba memerhatikan pelajar yang tidak berdisiplin; contoh rambut panjang, seluar ketat dan sebagainya. Setelah hampir 1 masa (empat puluh lima minit), perhimpunan ini akan berakhir dengan perbarisan keluar di mana kuku, rambut, dan lencana akan diperiksa, dan mereka yang bersalah akan dihukum. antara hukuman itu, berlari mengelilingi padang, cabut rumput sundal, mengutip sampah sekeliling sekolah dan sebagainya. Perhimpunan ini kuingat betul sebab aktiviti mingguan, dan bayangkan selama bersekolah, selalulah kita akan dihimpunkan.
"kelas terbersih minggu lepas ialah:
"kelas 6 atas 1"
hadiah pun diberi
bersihlah sangat!
Monday, February 18, 2013
Friday, February 15, 2013
Hari Unit Beruniform
Satu lagi acara tahunan. Perkampungan badan dan unit beruniform sekolah, lamanya kira-kira 2 hari 1 malam. Maka berhimpunlah sekalian ahli, lelaki dan wanita, cikgu dan pelajar. Ada yang berkhemah dan tidur di khemah.
Aktiviti yang dijalankan juga bermacam-macam, antaranya apa ya? terlupa lah pulak.
apa-apa pun, inilah sekolah: tempat pembinaan keupayaan dan jati diri
Aktiviti yang dijalankan juga bermacam-macam, antaranya apa ya? terlupa lah pulak.
apa-apa pun, inilah sekolah: tempat pembinaan keupayaan dan jati diri
Thursday, February 14, 2013
Temasya Sukan Sekolah
Peristiwa ini adalah pelengkap kepada kehidupan bersekolah. Asasnya
mungkin disebabkan oleh kata-kata ini: "Badan Sihat Otak Cerdas". Maka
acara sukan tahunan pun diadakan dan fokus adalah kepada acara permainan
dan balapan. Disamping itu beberapa acara lain diselitkan sebagai
tambahan; perbarisan terbaik, pondok tercantik, larian maraton/merentas
desa, dan sebagainya.
Hari tahunan sukan sekolah akan dijadikan asas untuk memilih jagoan yang boleh mewakili sekolah ke pertandingan sukan antara sekolah. Akhirnya wujudlah sekolah sukan?
Persoalan:
Apa sebenarnya maksud sukan ini?

Monday, February 11, 2013
Asrama SMKS
Asalnya adalah untuk anak-anak yang tinggal jauh di kampung-kampung, estet, pulau di sekitar sandakan. Maka berkumpullah anak-anak kampung ini dalam kehidupan bandar. Apa yang mereka tahu ialah sekolah ke asrama, asrama ke sekolah dan kedai luar (kedai Shu Bin dan kedai Sin Fatt).
Kehidupan di asrama ringkas tetapi penuh dengan warna-warni. Tanyakan saja pada mereka yang pernah hidup di sana. Dari warden ke peraturan dan makanannya, semua punyai keunikan.
Ianya ringkas; dua blok lelaki dan satu blok wanita.

Wednesday, February 6, 2013
Keriuhan Kelas
1. Bilakah masanya kelas menjadi riuh?
Sebelum masuk kelas, semasa rehat dan sewaktu pulang. dan bila cikgu tak masuk kelas.
2. Apakah yang diriuhkan?
ikut kumpulan. Lelaki biasanya pasal hal-hal kelelakian dan kasih sayang. Perempuan biasanya pasal hal-hal kewanitaan dan gosip-gosipan.
si nakal biasanya mengacau sana-sini.
si pendiam biasanya baca buku.
3. Kenapakah mereka riuh?
Sifat keremajaan di mana pengeluaran hormon semakin meningkat. Ingin dipuji dan disayangi dan disanjungi.
4. Tak menggangukah jiran-jiran sebelah?
Tidak. Semua pun perangai yang sama
5. Cikgu tak marah?
Tak, kecuali cikgu disiplin
6. Seronok Tak?
tak perasan pun. tapi banyak ketawa dan bising-bising, kalau tidak bukanlah riuh namanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)