Masih belum terlewat, hanya selepas hari yang ketiga belas... keinginan itu datang untuk menulis sesuatu. Saban tahun berganti, apa yang baharu? bagiku, tiada yang baharu kerana semuanya adalah baharu. Seharusnya setiap hari adalah hari yang baharu kerana sepatutnya hari ini lebih baik berbanding hari sebelumnya. Namun apakan daya...baharu atau tidak..yang lebih penting ialah perjalanan ini pasti akan diteruskan meskipun yakin kesemuanya telah tersurat. Apa yang perlu difahami ialah maksud yang tersurat agar kedamaian terus terasa walau dalam situasi yang sebaliknya.
Dahulu...entah bila? terasa semester persekolahan pernah berubah. ada yang cuti hujung tahun hanya sebulan. tapi rasanya dahulu pun macam sekarang awal tahun adalah awal semester. Pendaftaran sekolah ! maka, haruslah semuanya serba baru: kelengkapan pakaian hinggalah kelengkapan pembelajaran. Soalnya; sikap dan pemikiran perlu diperbaharui atau tidak?
Tanyakan kepada semua yang bergelar pelajar: soalan yang asas. Contohnya: kenapa saya belajar? bagaimanakah cara belajar? dan lain-lain soalan.
Sekarang...
setelah meninggalkan alam persekolahan;
masih boleh terkenang manisnya,
namun kenangan sahaja belum memadai,
kejayaan adalah ganjaran.
Kepada yang kurang berjaya...laluan bukanlah satu...
antara akademik dan kemahiran semuanya punya peluang.
oh. sekolah ! di manakah mereka yang pernah engkau terima di dalam perutmu. kesemua mereka: pandai, cergas, lembab, rajin, pemalas, sopan, nakal dan siapa sahaja.
mereka mungkin di mana-mana... sedang menikmati manisnya hidup dan menahan pahitnya cubaan yang datang.
bilakah mereka akan datang?
No comments:
Post a Comment